Kamis, 13 Desember 2012
WANITA IDAMAN
yang hatinya dibalut taqwa
kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan
trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan
ilmu,
yang sentiasa haus dengan
pahala,yang solatnya maruah
dirinya,
yang tidak pernah takut untuk
berkata benar,
yang tidak pernah gentar
melawan nafsu,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu
yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan
kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh
bersifat syaitan,
Wanita idaman lelaki ialah,
wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada
kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan
rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan
anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh
sederhana,
kerana dunia baginya adalah
rumah sementara menuju akhirat,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang sentiasa bersedia untuk
menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-
Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan
berdiskusi,
yang menjaga matanya dari
pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Ya Rabbi,
Wanita idaman lelaki ialah,
yang tidak terpesona dengan
buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI
seadanya....
:: smoga ^_^
Oleh : Syarifah Jamella Khan
Jakarta
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar