RUANG PEKERJA SENI ADALAH GROUP DI JEJARING SOSIAL FACEBOOK, BERTUJUAN…MENGEPAKKAN SAYAP – SAYAP PERSAHABATAN…MELAHIRKAN KEPEDULIAN ANTAR SESAMA…MEMBANGUN SILATURAHMI/TALI ASIH…SAHABAT LEBIH INDAH DARIPADA MIMPI.

Kamis, 14 April 2022

Cerpen – MENANTU Penulis : Kesuma Kasih


Sekadar turut memeriahkan seni...
Mata begitu sukar dilelapkan....
SALAM DINI MALAM KAWAN2..


   Menatap gambar ibu, buat Ani berlinangan airmata. Dia terrasa rindu sangat pada ibunya yang telah meninggal hampir dua bulan yang lalu.

Ani teringat, di minggu-minggu terakhir sebelum ibunya meninggal, ibunya banyak bercereta tentang perkara-perkara yang sangat menyentuh hatinya. Di antara kesah itu ialah sewaktu ibunya tinggal di rumah abangnya. Terrasa terngiang-ngiang di telinga Ani, bagaimana ibunya bercereta.

"Ani, kau tahukah kenapa mama suruh ambil mama di rumah abang hari tu?

Ani menggelengkan kepalanya sebagai jawapan.

"Kakak ipar kau tu, macam tidak suka dengan mama. "

"Kenapa mama cakap macam itu? Ani merasa pelik dengan kata-kata ibunya.

"Dua kali sudah berlaku perkara yang sama,cara yang sama....."

Ibunya berhenti seketika bercakap, untuk memasukkan sirih yang sudah dilipat-lipat ke dalam mulutnya. Ani memandang wajah ibunya, sebagai tanda menunggu penjelasan seterusnya.

"Masa mama pergi rumah abang kau hujung tahun itu, kakak ipar kau, sewaktu dia ambil pakaian di jemuran, tiba-tiba masuk ke dalam rumah, dia seperti orang kerasukan. Berteriak-teriak, memanggil-manggil arwah mak ayah dia. Anak-anaknya jadi terkejut. Mereka cuba tenangkan dia, semua dia pukul. Abang kau yang baru masuk dari beranda,dia baling guna pinggan. Mujur pinggan plastik. Mama yang cuba tolong,dia tolak dengan kuat,seolah dia benci sangat dengan mama. "

Ibu Ani berhenti lagi bercakap,untuk membuang ludah dari sirih yang dia kunyah.

" Masa mama suruh kau ambil itu, berlaku juga balik. Cara yang sama,dari ambil kain di jemuran, masuk dalam rumah, terus macam orang kerasukan. Baling pinggan, meracau-racau, panggil-panggil arwah mak ayah dia, pukul-pukul abang kau." Ibu Ani berhenti bercakap kerna mahu menambah lagi sirih ke dalam mulutnya.

"Mama tidak cuba tenangkan kakak?" Soal Ani pada ibunya.

Ibunya geleng kepala.

"Masa itu mama cuma ingin memerhati kerna mama berfikir seperti penyakit kakak mu itu dia buat-buat sahaja. Dia sengaja mahu takutkan mama, biar mama minta dihantar pulang ke rumah mu. Sakitnya itu timbul sewaktu mama ada di sana saja. Dia tidak suka dengan mama. Kasihan abang mu, dia berfikir istrinya betul-betul sakit." Tergenang airmata di wajah ibu tua itu.

Ani memeluk ibunya sambil berkata, "Janganlah ceretakan pada abang tentang kelakuan menantu mama itu. Nanti mereka bergaduh. Ani kan ada. Ani janji akan jaga mama. Jangan sedih-sedih yang ma." Ani cuba memujuk ibunya.

Ibu Ani perlahan meleraikan pelukan anaknya sambil berkata, "tidakkk....mama tidak akan cakap pada abang kamu. Kalau mama cakap pun,dia pasti tidak akan percaya kerna dia sangat sayangkan istrinya. "

Ani cuba menghiburkan hati ibunya yang sedang bersedih.

"Mama, cereta kakak itu sama macam kes ada seorang pelajar di sekolah saya. Setiap kali dia tidak buat kerja rumahnya atau ada sesuatu yang guru arahkan suruh buat, tapi tidak dia buat,dia akan berpura-pura pengsan atau sakit untuk menarik perhatian guru itu. Ini satu penyakit juga mama."

Ani berhenti seketika bercereta untuk menatap wajah ibu yang dia sayang.

"Satu hari itu berlaku di depan mata saya. Kononnya dia tiba-tiba pengsan apabila dimarahi kerna pegang pelajar perempuan. Saya cakap kuat-kuat pada guru-guru yang berhampiran dengannya,supaya dia juga mampu mendengar seperti ini,
Cikgu-cikgu...tahukah kamu,kononnyakan..
kalau orang lelaki pengsan, itu dia punya akan masuk ke dalam. Untuk buat dia sedar,kena tarik itu. "

"Guru-guru yang mendengar, menjawab yakah..dan bercakap, mari kita lihat, kita tarik mana tahu betul. "

"Mama tahu apa yang berlaku masa itu, budak itu perlahan-lahan bangun sambil tersenyum-senyum. Akhirnya diketahui juga akal busuknya itu mama..hehehe" Ani ketawa di hujung ceretanya.

Ibu Ani tergelak mendengar cereta anaknya. Ani merasa sangat bahagia melihat ibunya ketawa. Ani memeluk ibunya. Mereka berpelukan dalam rasa penuh kaseh sayang.

Dalam hati Ani berdoa,"Ya Allah, bukakanlah pintu hati kakak ipar ku agar mampu menerima mama di dalam rumahnya..dan bukakanlah pintu hati abang ku untuk melihat kebenaran."

*****T A M A T*****

Cerpen –
MENANTU
Penulis : Kesuma Kasih


CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN SESIAPA, CUMA REKAAN SEMATA-MATA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar