RUANG PEKERJA SENI ADALAH GROUP DI JEJARING SOSIAL FACEBOOK, BERTUJUAN…MENGEPAKKAN SAYAP – SAYAP PERSAHABATAN…MELAHIRKAN KEPEDULIAN ANTAR SESAMA…MEMBANGUN SILATURAHMI/TALI ASIH…SAHABAT LEBIH INDAH DARIPADA MIMPI.

Kamis, 20 Mei 2021

Cerpen - CERITA CINTA MAYA Karya : Ros Maya




   "BIASANYA aku lelap tidur
terbangun untuk fikirkan diri mu
mengenang mu yang kini telah jauh
biasanya aku tenang tidur
terbuai ku mengingat diri mu
mencinta mu
namun kau telah jauh
ku cuba lupakan diri mu
mengingat mu
hancurkan hati ku
dahulu seia sekata
namun kini semua telah berlalu
sayang ku ingatkan diri mu..."

Sudah berulang kali Azie memutarkan lagu itu. Setiap kali ia berkumandang, Azie akan ikut menyanyikannya dalam nada yang rendah. Dia cukup suka dengan lagu itu. Niat di hatinya kalau ada pertandingan lagu-lagu karaoke, dia akan bawa lagu itu untuk pertandingkan. Harapan Azie lagu itu akan membawa tuah kepadanya.

Azie menyanyi lagi. " ...bahawa ku tak bisa hidup tanpa mu.. " Namun dia terasa cukup sedih apabila sampai ke bahagian itu. Tanpa sedar kolam matanya digenangi air jernih. Dia terkenangkan seseorang yang cukup menyentuh raga rindunya. Tapi belum sempat air jernih itu mengalir ke pipi, Azie sudah mengesatnya dengan hujung jarinya. Dia tidak mahu anak perempuannya yang tidur sebilik dengan dia sejak lahir itu, akan melihat kesedihannya, kerna sejak akhir-akhir ini, semakin meningkat usia anaknya remaja, terlalu banyak soalan pelik-pelik yang dia tanya, yang kadang-kadang sukar dijawab oleh Azie.

Azie menoleh pada anaknya yang sedang baring di sebelahnya. Kelihatan Mata anaknya mula tertutup. Telinganya ada terpasang 'handfree'.

"Agaknya dia sedang menghafal lirik lagu Janji Manis Mu, kerna pada hujung minggu nanti dia ada pertandingan karaoke peringkat akhir." Begitu sangkahan Azie di dalam hatinya.

Azie tidak ingin menganggu anaknya. Dia cuba melenakan matanya, tapi fikirannya melayang jauh.

" Zie..Abang merasa sangat bersyukur kerna telah dapat bertemu dengan mu, walau telah melalui banyak rintangan. Abang telah dapat juga menatap wajah yang selalu marah-marah sayang ini." Nampak sangat kegembiraan di wajah Azri di saat menuturkan kata-katanya.

" Ya bang, Zie pun rasa terharu sangat di saat tiba-tiba melihat abang terpacak di pintu bengkel Zie mengajar tadi. Rasa macam Zie bermimpi. Itu yang Zie seperti terpingah-pingah tadi itu, sampai tak terjawab salam abang. Maafkan Zie ya." Azie tertunduk malu apabila bola mata Azri mula menatap seluruh wajahnya. Melalui sorot pandangan Mata Azri, Azie dapat merasakan ada segunung rindu yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Sesungguhnya jauh di sudut hati Azie juga mengakui, bahawa dia sangat merindui lelaki ini. Namun dari pergaduhan terakhir yang mereka lalui, membuat Azie berfikir, tidak mungkin lagi Azri akan menemuinya.

Lamunan Azie terhenti apabila dia terasa ada sesuatu yang mengenggam tangannya dan mula meramas jari jemarinya. Jiwanya menjadi lebih bergetar, apabila tiba-tiba genggaman tangan Azri membawa tangannya ke mulut, lalu menyentuhnya dengan satu ciuman yang cukup lembut. Dia terasa ingin merebahkan kepalanya ke dada yang bidang itu, untuk bermanja-manja semahunya. Namun kesedarannya sebagai wanita muslim, Azie beristigafar di dalam hati dan berdoa memohon diberi perlindungan dari Allah, agar dijauhkan dari perbuatan yang diharamkan olehNya.

Perlahan Azie menarik tangannya dari genggaman Azri. Dia keluar dari kereta Savvy merah itu, untuk menghirup udara malam Pantai Teluk Likas. Azie bersandar di dinding keretanya. Dia membawa matanya menatap keindahan lampu-lampu kapal nelayan di tengah lautan. Tapi tidak lama dia berdiri di situ, Azie terasa pinggangnya pula di paut mesra.

"Ya Allah..., sentuhan lelaki ini seperti ais di pergunungan kinabalu, yang menggetarkan bukan cuma jiwa ku, tapi tubuh ku juga. Adakah ini kerna sentuhan pertama, selepas tiga belas tahun suami aku meninggalkan aku?" Azie mengelabah sendiri dalam cuba menenangkan perasaanya.

"Kenapa sayang, sejuk ya? Agaknya udara laut ini membuat mu jadi sejuk." Azri seperti dapat merasakan getaran pada tubuh Azie.

"Ma! Mama!...Kenapa mengeletar ini? Mama kesejukankah?"

Suara anak Azie seperti menyedarkan dirinya. Azie membuka matanya yang bukan tidur. Dia merasa sangat malu pada anaknya. Rupanya dia telah berangan-angankan satu kesah yang tidak nyata.

Azie menatap wajah anaknya. Sambil tersenyum dia berkata, "Tidurlah anak mama. Esok sekolah. Mama mahu awal pergi kerja. Tidak mahu dapat hati Dan merah lagi." Azie cuba mengalihkan perhatian anaknya dari keadaan dirinya tadi.

Anaknya yang sudah duduk tadi itu tiba-tiba mencium pipi ibunya sambil mengucapkan, "Asalamualaikum ma dan selamat malam."

"Walaikumsalam sayang. Jangan lupa baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi sebelum tidur itu." Kelihatan anggukan kecil dari anaknya, sebelum merebahkan kembali kepalanya ke bantal di sisi ibunya.

Azie mengiringkan tubuhnya ke kanan, ke dinding yang kosong dalam bilik itu. Azie merasa dia cukup sukar melelapkan mata sejak akhir-akhir ini. Ada perkara yang merungsingkan fikirannya. Kesah hubungan cintanya dengan Azri seperti tergantung tidak bertali.

Sebelum ini Azie meminta hubungan mereka diputuskan. Ini disebabkan dia merasa cukup kecewa dengan sikap Azri yang telah membuang dia dari menjadi rakan muka buku, sedangkan di tempat itulah mereka ditemukan. Bagi Azie apabila Azri sudah sanggup membuangnya seperti itu, bermakna cinta Azri kepadanya sudah tiada. Jadi buat apa lagi mereka berhubung.

Tapi berbeza dengan Azri. Dia membuang kononnya untuk mencari ketenangan, tapi bukan bermakna dia sudah tidak mencintai Azie. Tapi Azie tetap berdegil mahu memutuskan hubungan, kerna tanpa mereka bukan menjadi rakan muka buku lagi, tiada makna lagi perhubungan itu. Sehingga Azri merayu untuk menerimanya kembali, dengan cara menambah Azie menjadi rakan muka bukunya kembali, baru Azie menarik kembali kata putusnya.

Namun baru beberapa hari pertengkaran itu berakhir, datang lagi pertengkaran yang baru.Kali ini lebih teruk dari yang lepas-lepas. Azral telah datang dengan cereta fitnahnya. Dikhabarkannya pada Azri, konon Azie bercinta dengannya sudah 6 tahun. Azie merasa pelik, bagaimana Azral boleh mengatakan begitu, sedangkan selama ini Azie sentiasa cuba mencari jalan menghindar dari berhubung dengan Azral.

Konon lagi fitnah Azral, dia selalu telefon Azie. Kalau Azral tak telefon, Azie akan marah. Pada hal hakikatnya Azral yang selalu marah-marah bila setiap kali dia telefon, selalu tidak diangkat, atau budak-budak yang sambut mempermainkannya.

Paling teruk fitnahnya, Azie konon layan ramai lelaki dan memberi mereka harapan. Sampai ada katanya yang hubung dia memberitahu ada hubungan dengannya, tapi dia biarkan saja, kerna kononya Azie buat begitu sekadar main-main untuk mengisi masa terluang. Azie betul-betul rasa tercabar kemarahannya dengan fitnah Azral yang ini. Pada hal cereta ini diterbalikkannya.Dia yang berkelakuan begitu, tapi dikatakannya Azie.

Azie masih ingat lagi di saat hampir setahun Azie cuba mempelajari sikap Azral. Waktu itu Azie cuba belajar menyanginya apabila Azral merayu cinta kepadanya. Tapi apa yang dia dapat, Azral selalu memburu cinta wanita-wanita yang cantik dalam muka buku. Apabila ditegur oleh Azie, jawapannya cuma main-main. Bukan sayang betul-betul pada mereka. Sekadar mengisi masa lapang saja. Alasan Azral itu tidak dapat terima oleh Azie. Sehingga pada suatu ketika, Azie tidak mampu lagi bertahan dengan tingkah lakunya, apabila Azral sanggup membela rakan muka buka yang selalu bersenda-senda dengannya itu, pada hal rakannya itu sudah cukup menghina Azie. Malah Azie lagi yang dimarah dengan kata-kata yang cukup kesat. Sampai sekarang kata-kata itu tidak pernah luput dari ingatannya.

"Ini cuma mayalah. Hubungan kita pun cuma maya. Kita belum ada ikatan spa-apa. Awak tidak perlu cemburulah. Saya tidak suka dikongkong. Belum ada apa-apa ikatan pun. Kalau mahu pergi, pergilah!"


Cukup pedih hati Azie menerima ungkapan Azral itu. Bermula dari saat itu Azie berikrar di dalam hati hanya menganggap Azral kawan biasa saja. Bermula dari waktu itu juga, Azie tidak ambil kesah lagi hal Azral. Walaupun kadang-kadang ada juga Azral menelefon dia, tapi dia biarkan berdering begitu saja atau dia suruh anak buahnya yang jawab. Namun kadang-kadang ada juga masa dia mengangkat panggilan, di saat dia terlupa memandang panggilan dari siapa. Tapi bila sudah mendengar suara Azral, Azie akan mencari alasan untuk menyingkatkan perbualan.

Sudah jauh Azie hanyut oleh arus ingatannya. Tiba-tiba telefon berdering memecah keheningan malam. Apabila melihat nama Azral yang terpapar memanggil, dia segera mengangkatnya. Tapi Azie tidak bercakap. Dia bangun dari pembaringannya menuju ke pintu. Dia mahu ke ruang dapur untuk bercakap dengan Azmal. Dia tak mahu anaknya mendengar maki hamunnya. Dia ingin memarahi Azmal di atas perbuatannya yang memfitnah dirinya pada Azri.

"Asalamualaikum!" Belum sempat Azie mendengar salamnya dijawab, dia sudah mengajukan soalan dan kata-kata yang agak kesar kepada Azral.

" Siapa nama lelaki-lelaki yang ramai kau kata aku layan dalam muka buku itu? Mana meseg lelaki yang kau kata mengaku ada hubungan dengan aku yang ramai itu?"

Kedengaran Azral menjawab, "Entah mana sudah. Aku tak ingat nama-namanya."

"Kau memang pembohong. Kau sengaja mereka-reka cereta itu pada Azri supaya dia membenci aku. Mustahil kau boleh lupa semua nama itu, mesti ada salah satu yang boleh kau ingat. Ini sudah membuktikan yang kau berbohong. Jangan kau bersumpah-sumpah, nanti kau dimakan sumpah mu. Semua yang kau kata itu bukan sifat ku. Nampak sangat bohong mu. Sayangnya Azri mudah sangat mempercayai cereta dan sumpah mu."

Azie meluahkan perasaan geramnya pada Azral. Azie tidak menunggu lagi Azral menjawab kata-katanya, dia terus menekan punat 'off '.

Azie melihat ada meseg yang belum dibaca. Bila dia membacanya, maka terpaparlah ayat ini, "Dah banyak kali abg cl, tapi sayang tak angkat. Nanti abg akan hubungi sayang lagi."

Rasanya nak muntah Azie membaca meseg itu. Agaknya meseg yang dihantar oleh Azral tadi sebelum dia bercakap dengan Azral. Azie terfikir nak tukar nombor telefon agar tiada lagi gangguan dari Azral.

Azie kembali ke pembaringannya. Dia teringat waktu perkenalannya dengan Azri. Masa dia menjauhkan diri dari Azral, Azri muncul dalam hidupnya. Walaupun Azie sudah fobia dengan cinta maya, tapi entah kenapa dengan Azri, apa yang telah meruntun hatinya untuk menerima kasih sayangnya. Walau mereka selalu bergaduh di sepanjang usia perhubungan setahun lebih itu, namun ia seperti pengikat kasih sayang mereka. Dia pernah menyatakan akan membuat pasport perjalanan ke malaysia untuk menemui Azie dan dia sudah memperlihatkan kesiapan pasport itu. Pada waktu itu hati Azie berbunga bahagia. Tapi kini semuanya seperti tinggal kenangan. Fitnah dari Azmal seperti tertanam di hatinya. Walaupun sudah dijelaskan semuanya oleh Azie, tentang niat Azmal yang sengaja mahu menghancurkan hubungan mereka, tapi sehingga kini Azri membisukan diri dari sebarang kata darinya. Apa yang mampu dilakukan oleh Azie hanya berserah kepada takdir. Dia sudah redoh pada segala kejadian yang dilaluinya.

Dalam keasyikan Azie melayan perasaannya, tiba tiba matanya terpandang pada tudung yang tergantung di dinding biliknya. Tudung itu pemberian dari Azri Azie bangun mendakapnya erat. Tiba-tiba airmatanya menitis. Kali ini dia sudah membiarkannya mengalir. Hatinya cukup tersentuh. Dia ingin menyimpan tudung itu sebagai kenangan terindah di dalam hidupnya.

Dalam sendu yang menyeksakan, kadang kadang Azie bertanya pada dirinya, "Perlulah cinta maya ini berakhir? "

Namun jawab hati halusnya, "Biarlah waktu yang memutuskan."

T A M A T


Cerpen –
CERITA CINTA MAYA
Penulis : Ros Maya




Tidak ada komentar:

Posting Komentar